semakan-keputusan-upkk

Semakan Keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (MPKAFA) 2021

Murid yang telah mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) menggunakan Modul Penilaian Kelas KAFA (MPKAFA) Tahun 2021, semakan keputusan UPKK boleh dibuat mulai 28 Disember 2021.

Untuk makluman, MPKAFA merupakan penilaian secara lisan menggantikan peperiksaan subjek bertulis melalui ujian secara bersemuka dan secara dalam talian, sesuai dengan norma baharu.

MPKAFA ini dilaksanakan selepas Ujian Penilaian Kelas Agama dan Fardu Ain (UPKK) bagi subjek bertulis yang sepatutnya dijalani pelajar tahun lalu, dibatalkan berikutan penularan wabak COVID-19.

Kaedah penilaian secara lisan ini merupakan pendekatan lebih luas kepada guru yang bertindak sebagai pemudah cara kepada calon.

Penilaian MPKAFA

Penilaian MPKAFA ini terdiri daripada 2 bahagian iaitu:

i) Bahagian A

Pelaksanaan kaedah penilaian secara lisan kepada calon yang telah berdaftar berdasarkan silibus kurikulum KAFA JAKIM bermula dari tahun 3 hingga tahun 5.

Penilaian ini merangkumi 5 subjek pembelajaran iaitu:

  • Ulum Syariah (Aqidah & Ibadah)
  • Jawi dan Khat
  • Adab (Akhlak Islamiyah)
  • Sirah
  • Lughah Al-Quran

Markah yang diperuntukan menerusi bahagian ini ialah sebanyak 75%.

ii) Bahagian B

Pelaksanaan penilaian di bahagian ini merangkumi penilaian terhadap nilai, sahsiah, kehadiran PdPR, hasil kerja dan komitmen calon tersebut dalam sesi persekolahan 2020 dan 2021.

Markah yang diperuntukan di dalam bahagian ini ialah 25% dengan pembahagian markah yang ditetapkan adalah seperti:

  • Nilai dan sahsiah: 5%
  • Kehadiran PDPR: 10%
  • Komitmen dan hasil kerja calon: 10%

Semakan Keputusan UPKK

Bagi murid yang telah mengambil peperiksaan UPKK menggunakan MPKAFA, semakan keputusan boleh dibuat melalui kaedah berikut:

  • Laman Web Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) melalui capaian https://simpeni.islam.gov.my/ atau;
  • Khidmat pesanan ringkas (Short Message Service – SMS) UPKK<space>No Kad Pengenalan/No Pengenalan Khas dan hantar ke 15888.

Semakan keputusan boleh dibuat bermula jam 11.00 pagi 28 Disember 2021 hingga 11.00 malam 11 Januari 2022.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai MPKAFA atau semakan keputusan UPKK, sila layari laman web https://simpeni.islam.gov.my/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top