u-Pustaka: Akses Bahan Bacaan Secara Online & Percuma

Selain berkunjung ke perpustakaan fizikal, orang ramai juga boleh mencari buku atau bahan bacaan lain secara atas talian menerusi u-Pustaka.

u-Pustaka adalah perkhidmatan perpustakaan digital negara yang dapat diakses oleh seluruh rakyat Malaysia pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Ini adalah inovasi yang diwujudkan hasil sinergi kolaboratif dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dengan sokongan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) serta ahli-ahli konsortium u-Pustaka.

Keahlian perpustakaan digital ini adalah percuma kepada seluruh rakyat Malaysia dan ahli-ahli boleh meminjam buku fizikal dan juga buku digital.

Selain itu, ahli juga boleh menempah buku fizikal dari 12 perpustakaan konsortium u-Pustaka dan dihantar ke rumah menggunakan perkhidmatan Pos Laju dengan kadar yang berpatutan. 

Perkhidmatan Yang Disediakan

Terdapat 4 perkhidmatan yang disediakan di dalam perpustakaan digital ini iaitu:

i) Komponen Penerbitan Web

  • Berita
  • Peristiwa
  • Suapan Berita (RSS)
  • Pautan

ii) Komponen Pengurusan Kandungan

  • Ulasan Elektronik
  • Papan Pemuka
  • Sumber Elektronik
  • Buku Audio

iii) Komponen Kolaborasi

  • Tanyalah u-Pustaka
  • Berbual dengan Pakar
  • Forum Perbincangan

iv) Komponen Perkhidmatan

  • Pinjaman dan Pemulangan (tempahan dalam talian bayaran dalam talian, penghantaran dengan pos laju, meminjam menerusi peralatan RFID di perpustakaan Konsortium.

Cara Daftar Keahlian u-Pustaka

Untuk mendaftar keahlian di perpustakaan digital ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://www.u-library.gov.my/.
  2. Pilih ‘Daftar’ untuk mencipta akaun baru.
  3. Pilih kategori kewarganegaraan dan klik ‘Daftar Sekarang.’
  4. Masukkan nama dan no kad pengenalan.
  5. Lengkapkan maklumat peribadi.
  6. Email pengaktifan akan dihantar.
  7. Buka email dan klik link pengaktifan.
  8. Portal kini boleh diakses.

Info Lanjut

Untuk info lanjut mengenai perpustakaan digital ini, sila layari laman web https://www.u-library.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: