SUBFLY: Permohonan Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar Sabah

Bagi pelajar-pelajar dari negeri Sabah yang menuntut di IPTA/IPTS di Semenanjung, Sarawak dan Labuan serta tidak menerima tajaan pengajian dari BKNS, MUIS dan Yayasan Sabah, mereka boleh membuat permohonan Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar Sabah (SUBFLY).

Berikut merupakan maklumat mengenai subsidi ini serta cara-cara untuk memohon.

Mengenai SUBFLY

Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar Sabah ini diwujudkan bagi membantu anak Sabah yang melanjutkan pelajaran di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Labuan untuk membiayai tiket penerbangan mereka.

Subsidi ini merupakan inisiatif oleh Kerajaan Negeri Sabah yang diselaraskan oleh Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas).

Dengan adanya subsidi tiket penerbangan ini, ini akan meringankan beban pelajar untuk membeli tiket penerbangan mereka.

Syarat Permohonan

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  • Pelajar yang berasal dari Sabah dan masih menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.
  • Pelajar bukan penerima tajaan biasiswa dari Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS), Yayasan Sabah (YS) atau Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).
  • Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Salinan Kad Pengenalan, Salinan Kad Pelajar, Keputusan Peperiksaan Terkini / Surat Pengesahan Pelajar dan Salinan Penyata Bank pemohon.
  • Permohonan boleh dibuat kepada Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas) secara atas talian (online) sahaja.
  • Bantuan subsidi tiket penerbangan ini tidak terhad digunakan sempena Aidilfitri sahaja sebaliknya boleh digunakan pada bila-bila masa.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://subfly.sabah.gov.my.
  2. Klik bahagian Daftar/Log Masuk.
  3. klik butang ‘Daftar.’
  4. Isi maklumat yang diperlukan dan klik ‘Daftar.’
  5. Log masuk dan lengkapkan permohonan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai SUBFLY, sila layari laman web https://subfly.sabah.gov.my atau menghubungi Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas) di talian 088-369872/369164.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: