Permohonan Kemasukan Tahun 1 SRA JAIM 2025

Ibu bapa di Negeri Melaka yang berhasrat untuk menghantar anak mereka ke Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (SRA JAIM) untuk Tahun 1 bagi sesi kemasukan 2025, permohonan kemasukan telah dibuka.

Berikut merupakan maklumat mengenai sekolah ini dan cara untuk memohon.

Mengenai SRA JAIM

Sekolah Rendah Agama JAIM merupakan institusi pendidikan peringkat rendah di bawah pengurusan JAIM.

JAIM merupakan institusi yang bertanggungjawab bagi mentadbir Hal Ehwal Agama Islam di Melaka yang ditubuhkan pada 28 September 1960.

JAIM juga turut berperanan dalam membangunkan institusi pendidikan Agama Islam melalui penubuhan SRA JAIM.

Institusi pendidikan ini berperanan dalam memberikan pendidikan kepada murid-murid terutamanya pendidikan berkaitan dengan Agama Islam di peringkat rendah.

Bagi ibu bapa yang berminat, pendaftaran boleh dilakukan bermula 1 April 2024 sehingga 31 Ogos 2024.

Senarai SRA JAIM

Senarai sekolah rendah agama JAIM ini di seluruh Melaka boleh dirujuk melalui pautan berikut https://iems.melaka.gov.my/.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memasuki sekolah ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2018 sehingga 1 Januari 2019.

Cara Memohon SRA JAIM

Permohonan kemasukan ke sekolah ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://iems.melaka.gov.my.
  2. Klik bahagian ‘Daftar Ibu Bapa/Penjaga..
  3. Masukkan email dan klik “Daftar”
  4. Semak email.
  5. Klik pautan yang diberkan ke dalam email.
  6. Lengkapkan maklumat yang diperlukan.

Info Lanjut

Info lanjut mengenai kemasukan Tahun 1 ke SRA JAIM untuk sesi akademik 2025, sila layari laman web JAIM di pautan https://jaim.gov.my/ atau https://iems.melaka.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: