Jadual Sidang & Tarikh Konvokesyen UiTM 2023

Graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang bakal bergraduat pada tahun 2023 boleh mengetahui jadual sidang dan tarikh konvokesyen UiTM 2023.

Untuk makluman, UiTM ialah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ditubuhkan pada tahun 1956 yang mempunyai 12 buah kampus negeri (7 daripadanya adalah kampus negeri berautonomi), 6 kampus satelit di Shah Alam, 11 kampus satelit negeri dan 21 kolej bersekutu.

Sehingga kini, UiTM mempunyai dengan lebih 175,200 orang pelajar dengan tenaga kerja seramai lebih kurang 17,770 orang.

Setiap pelajar yang berjaya menghabiskan pengajian akan diraikan dalam majlis konvokesyen yang diadakan pada setiap tahun.

Tarikh Konvokesyen UiTM 2023

Tarikh konvokesyen UiTM 2023 yang akan berlangsung adalah seperti berikut:

  • 5 – 26 Ogos 2023 – UiTM Shah Alam
  • 6 – 8 September 2023 – UiTM Cawangan Sabah
  • 12 – 15 September 2023 – UiTM Cawangan Sarawak

Yuran Konvokesyen

Yuran konvokesyen yang perlu dibayar mengikut peringkat pengajian adalah seperti
berikut:

  • Ijazah Doktor Falsafah – RM230.00
  • Ijazah Sarjana – RM210.00
  • Diploma Lepasan Ijazah/Ijazah Sarjana Muda/Program Profesional – RM175.00
  • Diploma/Program Profesional (CAT) – RM150.00

Pengambilan Jubah

Jadual pengambiilan jubah di Kaunter Pengambilan Jubah, DATC, UiTM Shah Alam adalah seperti berikut:

Tarikh Masa
15 hingga 20 Julai 2023 8.00 pagi hingga 5:00 petang
(rehat: 1.00 tengah hari – 2:00 petang)
22 hingga 27 Julai 2023 8.00 pagi hingga 5:00 petang
(rehat: 1.00 tengah hari – 2:00 petang)
28 Julai 20238.00 pagi hingga 5:00 petang
(rehat: 12:45 tengah hari – 2:45 petang)
11 Ogos 20238.00 pagi hingga 5:00 petang
(rehat: 12:45 tengah hari – 2:45 petang)
18 Ogos 20238.00 pagi hingga 5:00 petang
(rehat: 12:45 tengah hari – 2:45 petang)
25 Ogos 20238.00 pagi hingga 5:00 petang
(rehat: 12:45 tengah hari – 2:45 petang)
31 Julai hingga 3 Ogos
2023
8.00 pagi hingga 5:00 petang
(rehat: 1.00 tengah hari – 2:00 petang)
5 hingga 10 Ogos 20238.00 pagi hingga 5:00 petang
14 hingga 17 Ogos 20238.00 pagi hingga 5:00 petang
19 hingga 24 Ogos 20238.00 pagi hingga 5:00 petang
26 Ogos 20238.00 pagi hingga 5:00 petang

Jadual Sidang

Jadual sidang boleh dirujuk melalui dokumen di bawah:

i) UiTM Shah Alam

ii) UiTM Cawangan Sabah

iii) UiTM Cawangan Sarawak

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai konvokesyen UiTM, sila layari laman web https://konvokesyen.uitm.edu.my/v2/index.php/istiadat-konvokesyen?fbclid=IwAR3YXqOs62MNdJBULqwuQVFz5BN3lmE5lErkj-2SmVLroyML1U_IfKpDtjA

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: