Doa Awal Tahun 1445H Beserta Maksudnya
Menjelang tahun 1445H yang bakal tiba, adalah digalakkan untuk umat Islam untuk membawa doa awal tahun.
Doa awal tahun Hijrah (1445H) akan dibaca selepas masuk waktu Maghrib pada 18 Julai 2023 (Selasa).
Ini bermakna, selepas masuk waktu Maghrib pada 18 Julai 2023, kalendar Hijrah akan bertukar kepada tahun 1445H.
Baca juga: Himpunan Doa Selepas Solat
Bulan-Bulan Islam
Di dalam kalendar Hijrah, terdapat 12 bulan iaitu:
- Muharam
- Safar
- Rabiulawal
- Rabiulakhir
- Jamadilawal
- Jamadilakhir
- Rejab
- Syaaban
- Ramadan
- Syawal,
- Zulkaedah
- Zulhijah
Ini bermakna, doa awal tahun lazimnya dibaca oleh umat Islam pada 1 Muharam setiap tahun iaitu pada bermulanya bulan di dalam kalendar Hijrah.
Maal Hijrah/Awal Muharam
Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
Lazimnya, umat Islam menyambut Maal Hijrah terutamanya di Malaysia bagi mengingati peristiwa tersebut sebagai peristiwa penting di dalam Islam.
Teks Doa Awal Tahun
Antara doa yang boleh diamalkan pada awal tahun adalah seperti berikut:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
الحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ العَالَمِينَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الأَنْـبِيَاءِ وَالمُرْسَلِينَ سَيِّـدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ. اَللَّهُمَّ أَنْتَ الأَبَدِيُّ القَدِيمُ الأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ العَظِيمِ وَجُودِكَ المُعَوَّلِ، وَهَذَا عَامٌ جَدِيدٌ قَدْ أَقْبَلَ عَلَيْنَا، نَسْئَـلُكَ العِصْمَةَ فِيهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ وَأَوْلِيَاءِهِ وَجُنُودِهِ، وَالعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ اللأَمَّارَةِ بِالسُّوءِ، وَالاِشْتِغَالِ بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَى. اَللَّهُمَّ يَا مُحَوِّلَ الأَحْوَالِ حَوِّلْ حَالَنَا إِلَى أَحْسَنِ الأَحْوَالِ بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ يَا عَزِيزُ يَا مُتَعَالٍ. رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وَصَلَّى اللهُ وَسلَّمَ عَلَى سَيـِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ وَالحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ العَالَمِينَ.
Maksudnya:
Ya Allah Yang Kekal Abadi, dengan limpah kurnia dan kemurahan-Mu pada tahun baharu yang menjelang tiba ini, kami memohon pemeliharaan dan perlindungan-Mu daripada syaitan yang direjam dan semua pengikut serta pembantu-pembantunya. Kami memohon pertolongan-Mu mengatasi nafsu yang sentiasa mendorong kepada kejahatan, dan bantulah kami melakukan segala perkara yang memungkinkan kami mendampingi-Mu.
Ya Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa mengubah segala keadaan, dengan kekuasaan-Mu Yang Maha Agung, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan.
Amin ya Rabbal ‘alamin.
Sumber: https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/07/29/perkongsian-doa-akhir-tahun-dan-awal-tahun-hijrah/