Tarikh Cuti Penggal 1 Persekolahan KPM
Untuk perhatian ibu bapa dan guru, tarikh cuti penggal 1 bagi sesi persekolahan 2023/2024 akan bermula mulai 26 Mei 2023.
Sebelum ini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan takwim penuh sesi persekolahan dan cuti sekolah bagi kalendar akademik sesi 2023/2024 untuk rujukan para ibu bapa dan guru.
Takwim tersebut dikeluarkan sebagai rujukan kepada para ibu bapa dan guru bagi sesi persekolahan tahun ini.
Negeri Kumpulan
Penentuan tarikh bagi sesi persekolahan dan kalendar akademik dibahagikan mengikut 2 negeri kumpulan iaitu:
i) Negeri Kumpulan A
- Terengganu
- Kelantan
- Johor
- Kedah
ii) Negeri Kumpulan B
- Negeri Sembilan
- Melaka
- Perlis
- Pahang
- Perak
- Pulau Pinang
- Sabah
- Sarawak
- Selangor
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Wilayah Persekutuan Putrajaya
- Wilayah Persekutuan Labuan
Tarikh Cuti Penggal 1
Tarikh cuti penggal pertama bagi sesi persekolahan 2023/2024 akan bermula pada 26 Mei 2023 sehingga 3 Jun 2023 di negeri kumpulan A.
Tarikh mula dan akhir cuti persekolahan serta jumlah hari boleh dirujuk melalui butiran di bawah:
Untuk negeri kumpulan B pula, tarikh sesi cuti penggal 1 seperti yang ditetapkan adalah pada 27 Mei 2023 sehingga 4 Jun 2023.
Perincian tarikh mula dan akhir cuti persekolahan serta jumlah hari boleh dirujuk melalui butiran di bawah:
Cuti Perayaan 2023 / 2024
KPM juga memaklumkan terdapat juga cuti perayaan yang telah diperuntukkan bagi Kumpulan A dan Kumpulan B.
Cuti perayaan yang terlibat adalah seperti berikut:
- Hari Raya Aidilfitri
- Hari Gawai Dayak
- Hari Deepavali
- Tahun Baru Cina
Butiran penambahan cuti perayaan mengikuti negeri kumpulan adalah seperti berikut:
Maklumat Lanjut Cuti Penggal 1
Untuk maklumat lanjut mengenai cuti penggal 1 bagi sesi akademik 2023/2024, sila layari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/kenyata