Skip to content
No results
  • Kategori
    • Biasiswa
      • Bantuan Pendidikan Johor
    • Bantuan
    • Pinjaman Pelajaran
    • Zakat
  • Hubungi Kami
  • Privacy Policy
Student Portal
  • Kategori
    • Biasiswa
      • Bantuan Pendidikan Johor
    • Bantuan
    • Pinjaman Pelajaran
    • Zakat
  • Hubungi Kami
  • Privacy Policy
Student Portal
Utama Info

Login EMIS: Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan KPM

  • izzuddinizzuddin
  • January 21, 2023
  • Info
login-emis

Bagi meningkatkan pengurusan dan pentadbiran sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewujudkan satu modul bagi pengurusan sekolah iaitu Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (EMIS)

Untuk makluman, EMIS ialah merupakan satu sistem yang terurus bagi memungut, memproses, menyimpan, mencapai, dan menyebar data dan maklumat untuk menyokong aktiviti-aktiviti utama dan kitaran pengurusan pendidikan bagi pengurus dan pembuat keputusan di semua peringkat.

Ini termasuklah penyepaduan pengkatan data yang sedia ada, dan pembangunan polisi dan prosedur untuk meningkatkan penggunaan data pendidikan bagi membuat keputusan seperti agihan sumber, perancangan tenaga kerja, dan unjuran pendidikan.

Oleh itu, kewujudan EMIS diharap mampu melicinkan pengurusan sekolah dalam memastikan pengoperasian sekolah di bawah KPM mampu dijalankan dengan baik.

Untuk itu, sistem EMIS ini boleh diakses melalui pautan https://emisonline.moe.gov.my/.

Kegunaan Data EMIS

Data EMIS akan digunakan untuk melaksanakan perkara-perkara berikut:

  • Perancangan pembangunan lima tahun (Rancangan Malaysia)
  • Semakan data guru oleh SPR
  • Unjuran guru
  • Audit fizikal YB Timbalan Menteri Pelajaran (Jabatan Perdana Menteri)
  • Anggaran belanja mengurus perjawatan (ABM)
  • Pemberian elaun pedalaman
  • Latihan dalam perkhidmatan
  • Pemantauan peralatan
  • Semakan data guru oleh bahagian tajaan
  • Semakan data guru oleh PTPTN
  • Kajian sikap kakitangan awam oleh SPR
  • Jawatankuasa pelaksana kemasukan murid berumur 5 tahun ke tahun 1
  • Jawatankuasa pengambilan GSTT
  • Semakan status hak milik tanah (BPPA)
  • Semakan gred urusan kenaikan pangkat oleh SPP
  • Pasukan kerja analisis data pengisian/penyandang di KPM (BPSM/JPA)

Cara Login EMIS

Untuk login sistem EMIS, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web EMIS iaitu https://emisonline.moe.gov.my/

2. Login dengan memasukkan Login ID dan Katalaluan serta captcha (Login ID ialah kod sekolah).

3. Klik butang ‘Login’ untuk log masuk.

4. Kemaskini dan update maklumat pengurusan sekolah setelah berjaya login.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Sektor Data Pendidikan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) KPM di alamat:

Aras 1-4, Blok E8, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya Malaysia.

No Tel: 03-8884 6532
Email: [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Artikel berkaitan:

guru-kafa-negeri-sembilan

Permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA Negeri Sembilan 2022

dlp

Dual Language Programme (DLP) KPM: Kelebihan & Kekurangan

espbt

eSPBT: Login Sistem Pengurusan Buku Teks Sekolah

login-ssdm-kpm

Login SSDM KPM: Sistem Sahsiah Diri Murid

Student Portal
Facebook Instagram Twitter TikTok YouTube
  • Coming Soon
  • Hubungi Kami
  • Privacy Policy
  • Coming Soon
  • Hubungi Kami
  • Privacy Policy

2023 © Student Portal is part of Serba Digital publishing family.