Sukan Asia 2023: Tarikh & Senarai Negara Menyertai

Sukan Asia 2023 merupakan kejohanan sukan terbesar di peringkat Asia akan dijalankan pada September 2023.

Untuk makluman, temasya empat tahun sekali ini akan dijalankan di Hangzhou, China dari 23 September hingga 8 Oktober 2023.

Sebelum ini, temasya sukan ini ditunda sehingga 2023 susulan peningkatan kes COVID-19 di China seperti yang diumumkan oleh Majlis Olimpik Asia (OCA).

Sebagai salah sebuah negara di Asia, Malaysia juga akan bersaing di kejohanan tersebut dalam acara sukan yang dipertandingkan.

Sejarah Sukan Asia

Sukan Asia juga dikenali sebagai Asiad, merupakan kejohanan sukan peringkat benua yang diadakan setiap empat tahun dalam kalangan atlet dari seluruh benua Asia.

Temasya sukan tersebut dilaksanakan oleh Persekutuan Sukan Asia (AGF) dari edisi pertama di New Delhi, India pada tahun 1951 sehingga ke edisi tahun 1978.

Sejak edisi tahun 1982, ia telah dianjurkan oleh Majlis Olimpik Asia dan untuk edisi 2023, ianya akan berlangsung di China.

Lokasi Sukan Asia 2023

Beberapa bandar telah dipilih untuk menjadi lokasi kejohanan sukan ini iaitu:

  • Huangzhou
  • Ningbo
  • Wenzhou
  • Huzhou
  • Shaoxing
  • Jinhua

Negara Yang Menyertai

Negara-negara yang menyertai kejohanan sukan ini adalah seperti berikut:

  • Afghanistan
  • Macau
  • Turkmenistan
  • Bahrain
  • Malaysia
  • United Arab Emirates
  • Bangladesh
  • Maldives
  • Uzbekistan
  • Bhutan
  • Mongolia
  • Vietnam
  • Brunei
  • Myanmar
  • Yemen
  • Cambodia
  • Nepal
  • China (tuan rumah)
  • Korea Utara
  • Chinese Taipei
  • Oman
  • Hong Kong
  • Pakistan
  • India
  • Palestin
  • Indonesia
  • Filipina
  • Iran
  • Qatar
  • Iraq
  • Saudi Arabia
  • Jepun
  • Singapura
  • Jordan
  • Korea Selatan
  • Kazakhstan
  • Sri Lanka
  • Kuwait
  • Syria
  • Kyrgyzstan
  • Tajikistan
  • Laos
  • Thailand
  • Lubnan
  • Timor Leste

Persiapan Atlet Malaysia

Untuk kejohanan kali ini, Malaysia akan menghantar 294 atlet bagi bersaing dalam 29 acara bagi 23 jenis sukan.

Untuk memastikan sasaran ini dapat dicapai, beberapa bengkel diadakan bagi memastikan para atlet dan pegawai negara bersedia sepenuhnya mengharungi cabaran di kejohanan tersebut.

Selepas bengkel tersebut dijalankan, sasaran pingat akan diumumkan untuk kejohanan sukan ini.

Sumber: https://www.hangzhou2022.cn/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: