Senarai Sinonim/Seerti Bahasa Melayu

Di dalam tatabahasa Bahasa Melayu, terdapat banyak perkataan yang mempunyai sinonim atau seerti.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sinonim bermaksud kata yang sama atau hampir sama maknanya dengan kata lain.

Penting untuk murid mengetahui perkataan seerti ini bagi mempelbagaikan perkataan yang digunakan terutamanya di dalam penulisan.

Senarai Sinonim/Seerti

Berikut merupakan senarai sinonim atau seerti yang boleh digunakan:

i) A

  • Abai/cuai: lalai
  • Adu: berlaga/bersabung/bertandih/tidur(digunakan untuk rajaraja)
  • Ajaib: aneh/ganjil/pelik
  • Ajak: mempelawa/mempersilakan/menjemput/mengundang
  • Akrab: karib/rapat
  • Alami: merasai/menempuh
  • Alih: berganti/berpindah/bertukar/berubah
  • Aman: damai/sentosa/tenteram
  • Ancam/mengancam: mengugut/membahayakan
  • Aneh: ajaib/ganjil/pelik
  • Angkuh: bongkak/sombong
  • Anugerah: ganjaran/kurnia/pemberian
  • Arah: hala/tujuan
  • Arif: berilmu/bijaksana/cerdik/pandai/tahu
  • Awas: hati-hati/hemat/ingat-ingat/waspada

ii) B

  • Bagus: baik/elok/indah
  • Bahas/berbahas: berdebat/berhujah
  • Bahkan: malahan
  • Bakat: kebolehan/kecekapan
  • Bakhil: kedekut/lokek
  • Dahulu: awal/lampau/silam
  • Bakti: jasa/khidmat
  • Bangkang/membangkang: membantah/menentang
  • Basah: berair/kuyup/lembap
  • Basmi/membasmi: membanteras/membinasakan/memusnahkan/menghapuskan
  • Batal: mansuh
  • Bencana: kecelakaan/malapetaka
  • Bengkalai/terbengkala: gagal/terganggu/tergendala/terhenti
  • Bentak/membentak: menengking/mengherdik
  • Berkas/memberkas: menahan/menangkap
  • Bimban: cemas/khuatir/ragu-ragu/risau      

iii) C

  • Campur/bercampur: berbaur/bergaul
  • Cantum/bercantum: berhubung/bersambung/bertaut
  • Catu/mencatu: mengawal/menghadkan
  • Cegah/mencegah: melarang/menahan/menegah/menghalang/menyekat
  • Cekap: mahir/mampu/pandai
  • Cemburu: curiga
  • Cepat: deras/kencang/laju/lekas/pantas/segera
  • Cerdik: berakal/bijak/pandai/pintar
  • Cergas: aktif/bertenaga/cepat/giat/tangkas
  • Cipta/menciptakan: membuat/mengadakan/menggubah/menghasilkan/menjadikan/mewujudkan
  • Cungkil/mencungkil: mengeluarkan/menggali/mengorek

iv) D

  • Desak mendesak: memaksa/menggesa
  • Derita/penderitaan: kesakitan/kesengsaraa/kesusahan/seksaan
  • Denda/mendenda: menghukum
  • Daya: akal/ikhtiar/jalan/kekuatan/kemampuan
  • Dapat: berupaya/mampu
  • dakwa/mendakwa: menuduh/menuntut
  • Daif: hina/lemah
  • Didik/mendidik: mengajar/mengasuh/melatih
  • Duga/menduga: meneka/mengagak/menguji/meramalkan

v) E

  • Edar/beredar: berlalu/berpindah-pindah
  • Elak/mengelak: menghindar
  • Elok: bagus/baik/cantik
  • Empuk: lembut/lunak
  • Erat: karib/kuat/mesra/rapat/teguh

vi) F

  • Faedah: guna/laba/manfaat/untung
  • Faham: tahu/mengerti
  • Fikir/memikirkan: mempertimbangkan/mengenangkan/mengingatkan/merenungkan

vii) G

  • Gagah: berani/kuat/tegap
  • Gagal: kandas/kecewa/hampa
  • Ganggu/mengganggu: mengacau/mengusik
  • Ganti/berganti; bertukar/berubah
  • Gegar/bergegar: bergetar; bergoncang
  • Geletar/menggeletar: gementar/menggentar/menggigil
  • Gempar: bising/hiruk-pikuk, riuh-rendah
  • Genap: cukup/lengkap/penuh
  • Segenap: seluruh/setiap
  • Gerun: takut/ngeri
  • Gesa/menggesa; mendesak
  • Tergesa-gesa: terburu-buru, bergegas, tergopoh-gapah
  • Giat: aktif/bersemangat/cergas/rajin/tangkas/tekun
  • Gubah/menggubah: mengarang/mengatur/menyusun 

Sumber: https://tatabahasabm.tripod.com/tata/ksinonim.htm

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: