Kata Hubung: Jenis & Contoh Penggunaannya

Di dalam tatabahasa Bahasa Melayu, salah satu pembelajaran penting yang perlu dikuasai oleh murid adalah Kata Hubung.

Definisinya ialah kata yang digunakan untuk menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat.

Ini dapat difahami melalui contoh berikut:

  • Ayah membeli baju dan seluar- Ayat ini merupakan penggabungan kata dengan kata iaitu baju dan seluar merupakan kata yang dihubungkan dengan perkataan ‘dan.’
  • Osman kurus tetapi tidak boleh berlari- Ayat ini merupakan penggabungan frasa iaitu ‘Osman kurus’ adalah satu frasa dan ‘tidak boleh belari’ merupakan satu frasa yang dihubungkan dengan perkataan tetapi.
  • Ibu mengemop lantai sementara Ali mengelap tingkap- Ayat ini menunjukkan ‘Ibu mengemop lantai’ merupakan satu ayat yang digabungkan dengan satu lagi ayat iaitu ‘Ali mengelap tingkap.’ Kedua-dua ayat ini digabungkan dengan perkataan ‘sementara.’

Jenis Kata Hubung

Terdapat 3 jenis kata ini iaitu:

  • Gabungan
  • Pancangan
  • Berpasangan

1. Kata Hubung Gabungan

Maksud: Kata yang digunakan untuk menggabungkan dua ayat atau lebih yang sama penting kedudukan dan sifatnya. 

Ayat yang terhasil dari gabungan ini disebut sebagai ayat majmuk gabungan.

Kata GabunganContoh Ayat
kecualiSemua murid ke kelas tambahan itu kecuali Amin. 
atauAwak mahu makan tengah hari atau tidak ?
sertaMasyitah seorang pelajar yang pandai serta rajin menolong orang lain.
sambilHaslina sedang membaca majalah sambil mendengar lagu.

2. Kata Hubung Pancangan

Maksud: Kata yang menyambungkan satu ayat induk dengan satu atau lebih ayat kecil.

Kata ini dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

  1. Kata_Hubung Pancangan Relatif
  2. Kata_Hubung Pancangan Komplemen
  3. Kata_Hubung Pancangan Keterangan

1) Kata Hubung Pancangan Relatif

Maksud: kata yang menghubungkan klausa utama dengan satu klausa yang kecil.

Bentuk kata hubung yang digunakan adalah ‘yang’ dan contoh ayat sebagai panduan adalah seperti berikut:

  • Buku yang dikarang oleh Hilmi itu adalah buku Bahasa Inggeris.
  • Restoran yang mementingkan kebersihan itu digemari oleh para pelanggan.

2) Kata Hubung Pancangan Komplemen

Maksud: Menghubungkan satu klausa sebagai pelengkap kepada satu klausa utama. 

Kata hubung yang sering digunakan ialah “bahawa” dan “untuk” dan contoh ayat adalah seperti berikut:

  • Siti memberitahu ibunya bahawa dia tidak ke sekolah hari ini kerana sakit.
  • Pak Kasim menebang pokok besar itu untuk mengelakkan sebarang kecelakaan.

3) Kata Hubung Pancangan Keterangan

Maksud: Untuk memberi keterangan dengan menghubungkan klausa pertama dan klausa yang jadi penerangan. 

Antara contoh kata yang sering digunakan adalah keranaagarapabilasekiranyasementarasetelahsupaya, semenjak dan ketika.

Contoh ayat adalah seperti berikut:

    • Hashim menjadi pelajar cemerlang kerana berusaha bersungguh-sungguh.
    • ‘Belajarlah rajin-rajin agar kamu boleh berjaya dalam pelajaran” pesan ayah kepada kami.
    • Ibu membersihkan halaman rumah supaya kelihatan bersih.

    3. Kata Hubung Pancangan Keterangan

    Maksud: Kata digunakan secara berpasangan dalam satu ayat.

    Ianya selalu terdiri daripada gabungan kata pancangan dan kata gabungan.

    Berikut adalah contoh ayat:

    • Walaupun Ah Siang buta huruf namun beliau masih memastikan bahawa semua anaknya berjaya dalam pelajaran.
    • Hakimi bukan sahaja seorang pelajar yang pandai malah dia seorang yang aktif dalam bidang sukan.

    Sumber: https://app.pandai.org/note/read/kssm-bm-08-05-05/kssm-f2-bm-05/kata-hubung dan https://sites.google.com/site/bmalaysiatatabahasa/kata-kata/kata-hubung-dan-penanda-wacana.

    SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: