Kata Perintah: Maksud, Jenis & Contoh Ayat

Di dalam pembelajaran Bahasa Melayu, salah satu perkara yang akan dipelajari murid dalam Kata Perintah.

Di sini diterangkan maksud kata ini beserta jenis serta contoh-contoh yang boleh dijadikan panduan oleh murid.

Maksud Kata Perintah

Kata ini ialah kata yang digunakan untuk membentuk ayat perintah.

Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.

Kata ini juga boleh ditambah partikel-lah di belakang perkataan tersebut.

Jenis Kata Perintah

Terdapat 4 jenis kata ini iaitu:

  • Permintaan
  • Larangan
  • Silaan
  • Suruhan

i) Permintaan

Kata ini digunakan untuk permintaan atau meminta pertolongan kepada seseorang.

Antara perkataan dalam jenis ini ialah:

  • Tolong
  • Harap
  • Minta

Contoh ayat yang boleh menjadi panduan adalah seperti berikut:

  • Tolong hantarkan surat ini kepada Ali segera.
  • Harap kamu dapat memahami masalah saya.
  • Minta semua murid bertenang.

ii) Larangan

Larangan merujuk kepada menegah seseorang melakukan sesuatu perkara.

Perkataan bagi jenis ini adalah:

  • Jangan
  • Usah

Contoh ayat bagi larangan adalah seperti berikut:

  • Jangan bermain di luar ketika musim hujan.
  • Usah dikenang perkara yang lalu.

iii) Silaan

Silaan digunakan untuk menjemput atau mempersilakan seseorang.

Untuk jenis ini, antara perkataan yang digunakan adalah:

  • Sila
  • Jemput

Contoh ayat adalah seperti berikut:

  • Sila pergi ke kaunter tersebut untuk membuat laporan.
  • Jemput hadir ke majlis saya malam ini.

iv) Suruhan

Suruhan lazimnya untuk memberi perintah atau arahan.

Contoh ayat bagi jenis ini adalah:

  • Awak pergi dari sini!
  • Keluar dari kelas ini!
  • Baca surat khabar itu sekarang
Sumber: https://app.pandai.org/note/read/kssm-bm-11-05-16/kssm-f5-bm-05/kata-perintah

Baca juga: Kata Hubung: Jenis & Contoh Penggunaannya

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: