Semakan Keputusan Rayuan Sekolah Menengah Agama MAIWP 2022
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah memaklumkan semakan keputusan rayuan kemasukan ke Sekolah Menengah Agama (SMA) di bawah MAIWP sama ada SMA MAIWP, SMA MAIWP Labuan atau Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) akan dibuka mulai 25 April 2022 jam 2.00 petang.
Untuk makluman, MAIWP mempunyai institusi pendidikan di bawahnya dan antara institusi pendidikan peringkat menengah yang ditubuhkan oleh MAIWP adalah SMA MAIWP dan SMISTA.
Penubuhan institusi pendidikan ini bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar lulusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) untuk melanjutkan pelajaran di peringkat menengah sebagai kesinambungan pendidikan agama di sekolah-sekolah rendah agama di Wilayah Persekutuan.
Selain itu, penubuhan institusi pendidikan peringkat menengah ini juga bagi menampung permintaan masyarakat yang tinggi terhadap sekolah menengah agama.
Kemudahan Yang Disediakan
Kemudahan yang disediakan bagi Sekolah Menengah Agama di bawah MAIWP ini adalah seperti berikut:
- Blok Akademik
- Blok Asrama
- Dewan Serbaguna
- Auditorium
- Perpustakaan
- Makmal Komputer
- Makmal Sains
- Surau
- Taman Riadah
- Padang Bola Sepak
- Gelanggang Futsal
- Gelanggang Takraw
Syarat Kemasukan
Syarat kemasukan bagi pemohon untuk memasuki SMA MAIWP adalah seperti berikut:
- Mendapat 5A dalam UPSR dan 7A dalam UPSRA.
- Mempunyai kebolehan membaca Al-Quran dan menulis jawi dengan baik.
- Lulus temuduga kemasukan yang telah ditetapkan oleh sekolah.
- Bagi golongan Asnaf yang berdaftar dengan Baitulmal, mendapat sekurang-kurangnya 3A dalam UPSR dan 5A dalam UPSRA.
Untuk kemasukan ke SMISTA, syarat permohonan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Dilahirkan di Wilayah Persekutuan. Peruntukan 10% dibuka kepada para pelajar luar daripada Wilayah Persekutuan.
- Minat dan mahir dalam Pengajian Al-Quran, tilawah dan hafazan.
- Pencapaian 5A dalam UPSR atau minimum 4A 1B, 5A atau Mumtaz dalam UPSRA/PSRA dan yang setara dengannya.
- Bagi anak asnaf penerima bantuan bulanan Baitulmal MAIWP, syarat minimum untuk kemasukan adalah sekurang-kurangnya UPSR 3A atau Jayyid Jiddan dalam UPSRA/PSRA.
- Lulus ujian bertulis dan syafawi.
Cara Membuat Semakan
Semakan permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web semakan iaitu https://my03.awfatech.com/maiwp/standalone/stureg/stureg_status.php?sysapp=maiwp&fbclid=IwAR3l9TTtiuodN4Xg-DuXimvs2WSGxl5rvFGuoA-uZ13z37Dz77821iyzqww.
- Pilih pilihan sekolah dan masukkan no kad pengenalan.
- Klik butang ‘Semakan.’
- Keputusan semakan permohonan dipaparkan.
Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai semakan semakan keputusan rayuan SMA di bawah MAIWP, sila hubungi talian 03-4047 9543/03-4047 9598.