Program Lesen Memandu MAIPk: Bantuan Lesen Memandu Asnaf

Asnaf di Negeri Perak yang memerlukan lesen memandu, Majlis Agama Islam & ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mewujudkan satu program bagi membantu para asnaf untuk mendapatkan kelas lesen memandu iaitu Program Lesen Memandu MAIPk.

Program Lesen Memandu MAIPk diwujudkan untuk membantu asnaf Fakir Miskin yang memerlukan lesen memandu tertentu untuk menjalankan aktiviti ekonomi bagi meningkatkan pendapatan keluarga.

Bagi para asnaf yang berminat, permohonan adalah percuma dan bagi yang berminat, mereka boleh membuat permohonan segera sebelum 31 Mei 2023.

Kelas Lesen Yang Ditawarkan

Kelas lesen yang ditawarkan menerusi program ini adalah seperti berikut:

  • CDL Kelas C (Motorsikal Roda 3)
  • CDL Kelas E (Motorlori)
  • CDL Kelas H (Jentera Berat Beroda)
  • GDL Kelas C GDL Kelas D Lori BTM <3500)
  • GDL Kelas E Lori Kejur)
  • GDL Kelas E Lori Trailer – Bersendi)
  • PSV Kelas D (Van/Bas Mini)
  • PSV Kelas D (Teksi/E-Hailing)
  • PSV Kelas E (Bas)

Syarat Utama Permohonan

Syarat utama untuk memohon program ini adalah seperti berikut:

  1. Beragama Islam.
  2. Bermastautin di negeri Perak.
  3. Berpendapatan rendah (keutamaan kepada fakir dan miskin).
  4. Berumur 21 tahun hingga 60 tahun.
  5. Sihat tubuh badan.
  6. Memiliki lesen memandu Kelas D Penuh.
  7. Memiliki lesen memandu Kelas B2 Penuh (yang berkaitan Kelas C sahaja).
  8. Bebas saman/tidak disenarai hitam oleh JPJ dan PDRM.
  9. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (3M).

Syarat Tambahan

Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat tambahan iaitu:

Cara Memohon Program Lesen Memandu MAIPk

Untuk memohon program ini, sila ikuti langkah-langkkah berikut:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan berikut https://www.maiamp.gov.my/phocadownload/borang%20bantuan%20latihan%20kemahiran.pdf.
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap.
  3. Sediakan dokumen wajib.
  4. Hantarkan borang dan dokumen yang telah lengkap ke pejabat pentadbiran MAIPk terdekat atau pos ke alamat berikut:

    Unit Pembangunan Pemerkasaan,
    Bahagian Agihan Zakat, Aras 1,
    Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak.

Dokumen Wajib

Dokumen wajib yang perlu dihantar adalah seperti berikut:

  1. Kad pengenalan pemohon dan pasangan.
  2. Penyata pendapatan pemohon dan pasangan.
  3. Lesen memandu

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi Unit Pemerkasaan Asnaf MAIPk di talian 019-571-1384.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: