Contoh Invois & Cara Penulisannya

Invois merupakan salah satu dokumen yang perlu diketahui oleh peniaga/usahawan yang menjalankan perniagaan dan mereka boleh mengetahui cara penulisannya menerusi contoh invois yang lazimnya digunakan.

Invois merupakan dokumen yang diberikan penjual kepada pelanggan untuk mendapatkan bayaran barang atau perkhidmatan yang dijual.

Dokumen ini merangkumi maklumat barangan yang dibeli seperti maklumat dan kos produk atau caj perkhidmatan yang dikenakan kepada para pelanggan.

Sebahagian mereka melihat invois dan resit adalah dua dokumen yang sama, namun kedua-duanya adalah dokumen yang berbeza.

Invois diberikan sebelum pembayaran dilakukan sebagai tanda pembayaran perlu dilakukan manakala resit diberikan selepas pembayaran dilakukan.

Fungsi Invois

Untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai invois, adalah penting untuk mengetahui terlebih dahulu fungsi invois dikeluarkan:

  • Rekod Penjualan
    – Setiap transaksi jualan perniagaan perlu direkodkan dalam bentuk invois. Ini akan memudahkan para peniaga/usahawan memantau prestasi jualan mereka. 
    – Ini terutamanya melibatkan perniagaan yang menjual barangan apabila peniaga/usahawan boleh menggunakan invois untuk menyemak jumlah dan mengurus stok barang.
  • Pembayaran Cukai
    –  Invois boleh digunakan untuk membantu peniaga/usahawan mengetahui dan merancang cukai tahunan syarikat yang sesuai dengan prestasi syarikat. 
  • Pelindungan Undang-Undang
    – Invois dapat melindungi peniaga/usahawan daripada tindakan undang-undang dari pelanggan.
    – Ini kerana, invois merupakan dokumen yang mengesahkan akan produk yang peniaga/usahawan jual atau servis yang anda buat untuk pelanggan. 
  • Perancangan strategi perniagaan
    – Invois boleh digunakan untuk merangka dan merancang strategi bisnes masa depan. 
    – Ini juga boleh digunakan untuk menganalisa jualan dan produk atau servis yang popular dalam kalangan pelanggan.

Komponen Invois

Terdapat 8 komponen di dalam invois yang perlu ada iaitu:

  • Maklumat penjual
  • Maklumat pelanggan 
  • Nombor invois 
  • Tarikh invois 
  • Tarikh akhir pembayaran 
  • Maklumat produk/servis 
  • Jumlah pembayaran 

Cara Buat Invois

Untuk membuat invois, peniaga/usahawan boleh membuat dokumen ini hanya melalui online sahaja.

Terdapat beberapa laman web yang menyediakan perkhidmatan ini iaitu:

Contoh Invois

Contoh-contoh invois yang boleh dijadikan panduan adalah seperti berikut:

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: